Salam Semua,
Saya lupa, yer lupa yang saya ada blog. Kalau blog ini boleh menangis, pasti tangisannya mampu membentuk tujuh lautan, hihi. Saya boleh bayangkan pembaca blog ini pasti kecewa rasa macam nak berpisah kasih dengan SDK sebab datang tengok takde apa entri terbaru. Saya dengan ini meminta maaf dari lubuk hati yang paling dalam lebih dalam dari sungai pahang sebab lama tak kemaskini. Saya juga nak ucap terima kasih kepada pembaca setia, eh jangan ingat blog cincai-cincai ni takde pembaca setia tau, mungkin seorang dua atau mungkin tiga empat ribu pembaca setia yang tiap=tiap hari datang sini bukak blog ni *ah perasan Fizz ni, maka duduknya saya di sini di depan laptop ini bertujuan melepaskan rindu anda pada saya eh silap pada tulisan saya. Ececeh statement kalah Artis Paling Popular Berita Harian :D
Sejak bergelar siswazah, perasaan berblog itu memang berkurangan. Jadi itu adalah faktor kenapa saya jarang berada di sini, dan lebih banyak menghabiskan masa di fesbuk melihat kehidupan orang lain. Maklumla bila tengok kehidupan orang yang gembira, maka dengan tak semena-mena hati ini akan turut gembira. Betul tak? Serius rasa susah belajar ProgramHebatDebat nih, kadang-kadang rasa nak balik kampung menoreh getah *harga getah mahal wooh sekarang, tapi memikirkan pokok getah pun takde, pastu memikirkan takut mak risau tengok anak dia nih betul ke tak ni, jadi impian tu terkubur dalam hati sahajalah :)
Tapi kengkawan jangan risau, saya stabil lagi, belum tahap kritikal. Supervisor pun OK, cuma belajar tu masih perlahan lagilah. Kalau lawan dengan siput mungkin siput boleh menangla. Di sini saya nak kongsi bahan bacaan yang dibekalkan oleh supervisor saya sepanjang tempoh pengajian saya. Dia kata kalau baca 2-3x tak faham, baca lagi, tak faham jugak, rendam buku nih dalam air, kemudian minum airnya. Saya setakat ni belum buat lagi, akan cuba buat nanti..hahhahahahha :D
empat fail ini penuh dengan jurnal papers dari tahun 1962, dasat kan
ini pula buku-buku berkaitan yang wajib saya khatamkan..erk!
tesis-tesis yang SV saya beli untuk hasil tatapan saya, haha tak tak hasil santapan sayaJadi cuba bayangkan macam mana saya nak update blog selalu kalau macam ini punya banyak nak kena baca. Hummm alasan je Fizz ni kan..hahhahha. Okla tu sahaja untuk kali ini, bertemu kita lagi di lain masa dan ketika. Kalau rindu saya, bacalah entri-entri lepas 20-30kali, hihihihi :D Doakan saya kat sini, dan semoga saya rajin update sebab sayang nak biarkan blog ni, sebab dari blog nilah saya dapat kawan-kawan yang best seperti anda. Ok babai dan selamat malam. Mimpi indah-indah semua!