Wednesday, July 14, 2010

Cantik kan...

Salam semua,

Bagi menceriakan dan mewarnai blog ini yang seperti hidup segan mati tak mahu, maka saya telah menempah satu Blog Badge yang sangat cantik, comel, dan memenuhi citarasa saya.


Di mana saya dapat semua ini? Oh saya tahu itu persoalan yang berlegar-legar di kepala semua kan kan kan??? Dengan harga yang sangat berpatutan, semua pun boleh memilikinya. Bukan itu sahaja, boleh pilih tema dan kaler yang diminati, dan akhirnya dapat "bentukkan Blog Bagde anda dengan sukacita" (ok, tiru gaya iklan rambut :D)

Jadi sekarang, jika rasa cemburu kerana saya telah memiliki Blog Bagde sendiri, bolehlah lawat di sini. Saya telah jatuh cinta pandang pertama sejak melawati blog ini. Selain hasil tulisannya yang saya suka baca, gambar-gambar yang dipamerkan juga mantap, dan tak lupa pada lukisannya yang menarik. Seolah-olah dapat 3 in 1 ..heheheh :D

To farah : Tqvm :D

Ok, kepada yang berminat untuk buat blog bagde, bolehla fikir-fikirkan apa yang anda mahu, dan isi langkah mudah untuk mendapatkan blog bagde idaman hati. Jangan risau, Farah sangat baik melayan permintaan anda..

Peringatan : Gambar di atas adalah hak cipta terpelihara (ececehhh). Dilarang meniru atau memberi tiru. Kalau tak, nanti saya saman RM120..hehehheh, just joking!