Monday, December 13, 2010

He Who Has No One Has Allah

Saya ingin kongsikan ini dengan semua terutama kepada kawan-kawan yang sedang dihuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kita bukan berseorangan dalam mengharungi ujian ini. Allah sentiasa dekat dengan kita dan apabila dia menguji hamba-Nya, ini adalah kerana dia mahu kita sentiasa kembali kepada-Nya.




Allah berfirman,
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka jawablah bahwasanya Aku adalah “dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah [2]: ayat 186).

He ends the lecture with "He who has Allah, has EVERYTHING!". Very inspiring lecture by Navaid Aziz. Worth spending time in hearing this lecture.

Wednesday, July 14, 2010

Cantik kan...

Salam semua,

Bagi menceriakan dan mewarnai blog ini yang seperti hidup segan mati tak mahu, maka saya telah menempah satu Blog Badge yang sangat cantik, comel, dan memenuhi citarasa saya.


Di mana saya dapat semua ini? Oh saya tahu itu persoalan yang berlegar-legar di kepala semua kan kan kan??? Dengan harga yang sangat berpatutan, semua pun boleh memilikinya. Bukan itu sahaja, boleh pilih tema dan kaler yang diminati, dan akhirnya dapat "bentukkan Blog Bagde anda dengan sukacita" (ok, tiru gaya iklan rambut :D)

Jadi sekarang, jika rasa cemburu kerana saya telah memiliki Blog Bagde sendiri, bolehlah lawat di sini. Saya telah jatuh cinta pandang pertama sejak melawati blog ini. Selain hasil tulisannya yang saya suka baca, gambar-gambar yang dipamerkan juga mantap, dan tak lupa pada lukisannya yang menarik. Seolah-olah dapat 3 in 1 ..heheheh :D

To farah : Tqvm :D

Ok, kepada yang berminat untuk buat blog bagde, bolehla fikir-fikirkan apa yang anda mahu, dan isi langkah mudah untuk mendapatkan blog bagde idaman hati. Jangan risau, Farah sangat baik melayan permintaan anda..

Peringatan : Gambar di atas adalah hak cipta terpelihara (ececehhh). Dilarang meniru atau memberi tiru. Kalau tak, nanti saya saman RM120..hehehheh, just joking!