Monday, December 13, 2010

He Who Has No One Has Allah

Saya ingin kongsikan ini dengan semua terutama kepada kawan-kawan yang sedang dihuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kita bukan berseorangan dalam mengharungi ujian ini. Allah sentiasa dekat dengan kita dan apabila dia menguji hamba-Nya, ini adalah kerana dia mahu kita sentiasa kembali kepada-Nya.




Allah berfirman,
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka jawablah bahwasanya Aku adalah “dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah [2]: ayat 186).

He ends the lecture with "He who has Allah, has EVERYTHING!". Very inspiring lecture by Navaid Aziz. Worth spending time in hearing this lecture.

Wednesday, July 14, 2010

Cantik kan...

Salam semua,

Bagi menceriakan dan mewarnai blog ini yang seperti hidup segan mati tak mahu, maka saya telah menempah satu Blog Badge yang sangat cantik, comel, dan memenuhi citarasa saya.


Di mana saya dapat semua ini? Oh saya tahu itu persoalan yang berlegar-legar di kepala semua kan kan kan??? Dengan harga yang sangat berpatutan, semua pun boleh memilikinya. Bukan itu sahaja, boleh pilih tema dan kaler yang diminati, dan akhirnya dapat "bentukkan Blog Bagde anda dengan sukacita" (ok, tiru gaya iklan rambut :D)

Jadi sekarang, jika rasa cemburu kerana saya telah memiliki Blog Bagde sendiri, bolehlah lawat di sini. Saya telah jatuh cinta pandang pertama sejak melawati blog ini. Selain hasil tulisannya yang saya suka baca, gambar-gambar yang dipamerkan juga mantap, dan tak lupa pada lukisannya yang menarik. Seolah-olah dapat 3 in 1 ..heheheh :D

To farah : Tqvm :D

Ok, kepada yang berminat untuk buat blog bagde, bolehla fikir-fikirkan apa yang anda mahu, dan isi langkah mudah untuk mendapatkan blog bagde idaman hati. Jangan risau, Farah sangat baik melayan permintaan anda..

Peringatan : Gambar di atas adalah hak cipta terpelihara (ececehhh). Dilarang meniru atau memberi tiru. Kalau tak, nanti saya saman RM120..hehehheh, just joking!

Thursday, July 09, 2009

Memori Indah di EE

Assamualaikum semua,

Selalu dalam entri -entri yang lepas, saya khabarkan yang saya sibuk. Banyak sebab kenapa saya sibuk sangat. Tapi salah satu di antara penyebabnya adalah kerana saya sudah bertukar sekolah..*haha ..Kalau dulu saya dibawah EE, sekarang saya di bawah fist (sebutannya macam hampir sama dengan fizz kan).

Sepanjang 3 tahun di EE, sukar untuk saya cari pengalaman tak manis, sebab pengalaman di EE semuanya manis-manis belaka, manisnya sampaikan terlebih gula. Saat mula berpisah dengan EE, saya dapat rasakan hari-hari saya pasti akan kurang indah. Ternyata ramalanku benar belaka..huhu :(

Jadi, apa point entri saya ini. Setelah 2 perenggan masih belum masuk isi utamanya lagi. Sebenarnya dalam entri ini, saya ingin memberi penghargaan nama-nama MEREKA yang MANIS seperti DITAMBAH SUSU (tukarlah asik gula je) yang pernah menceriakan hidup saya sepanjang saya di EE. Semasa saya mula-mula masuk EE, saya seorang remaja yang mentah lagi baik fikirannya dan telah memecahkan rekod jadi orang paling muda, tapi sekarang saya dah jadi SenioR. Sebelum saya merepek dengan lebih panjang lebar, mari saya kenalkan :


Kak Fuzah
Orangnya sempoi, dulu kalau tak faham pasal sistem IMS, akan tanya pada dia, memang ternyata cikgu yang baik. Akak teruskan perjuanganmu tak kira walaupun di mana, Go Go Kak Fuzah!

Kak Ema
Orangnya nampak tegas bagi yang belum rapat, bagi yang dah rapat, dia ni memang best gile, orangnya kecil, tapi kalau g shoping, orang lain dah nak pengsan dah, dia masih boleh buat satu pusingan lagi, dia beli barang sket je, pastu akan rasuk orang beli barang banyak, haha :D Tu yang paling tensen, tapi kak ema memang xlokek ilmu..

Kak D
Bagi pembaca blog saya yang seperti hidup tak segan mati tidak mahu ini, pasti tahu mengenai 3 entri panjang berjela-jela yang saya tulis buat Kak D. Kalau rajin nak selak, bolehla lihat karangan saya di sini. Maka satu sahaja yang saya ingin tuliskan, akak saya rindukan masakan akak

Kak Jid
Saya kalau duduk rumah sebelah kak jid, pasti rasa bahagia selalu, sebab dia suka bagi kek. Kek sedap plak tu, pastu dia sama geng dengan kakak-kakak di atas, suka masak, dia pernah masak keli bakar yang sedap ( akak tujuan saya tulis ini supaya akak buat lagi..hehe). Satu lagi kak jid punya aura tersendiri, sebab itu ramai sang peria terpikat pada keayuan wajahnya, seorang yang berkaliber dan layak untuk jadi ketua..

Kak Noi
Saya daftar diri di sini awal sedikit sahaja dari dia. Jadi disebabkan itu, kami rapat. Pergi kursus sekali, induksi sekali, buat kerja penerbitan sekali, buat research sekali, naik kete g mokde sekali, tapi bergosip berkali-kali. Saya pasti rindu dengan akak..dan tak sabar nak tunggu kelahiran nurul yang kedua :D

Kak Maniha
Ada orang kata, kak maniha iras-iras saya. Hehe Kak Maniha memang dikenali dengan suaranya, memang takde siapa boleh lawan. Dari hujung benua sana ke hujung benua sini, semua orang boleh dengar.

Kak Nurul
Dia punya diet memang berkesan, menyebabkan ramai yang iri hati tahap dewa tengok keajaiban badannya mengecil. Suka dengar cara dia bercerita, dan suka baca hasil penulisannya. Apa-ape pun akak, mari kita makan buah betik...


Kak Noni
Kalau saya dengar satu perkataan ini, pasti akan saya ingat padanya. Perkataan itu adalah "Birah" (kalau anda orang Pahang, mesti tahu maksudnya apa). Dia penceria suasana di ofis, ada masa dia agak kelam kabut macam saya, tapi dia bagus buat kerja macam saya juga *hehe. Saya nak balik ofis sana...


Kalau saya nak ceritakan ramai lah lagi. Mahu semput jari-jemari menaip nanti. Jadi terima kasih kakak-kakak semua, walaupun korang semua akan pindah kampus baru, jangan lupakan saya yang BEST ini. Kepada kakak-kakak yang tengah berhempas pulas untuk PhD, daku di sini mendoakan yang terbaik untukmu OK...EE tetap di hati saya (drama sedih dah mula, mari hentikan sebelum mengalirnya air masin ke pipi ). Gambar kartun ini saya ambil dari Encik Alif (kartunnya cantik-cantik) setelah minta keizinan beliau, ada 4 sahaja gambar, ikutkan hati nak je suruh dia lukis lagi, tapi orang dah bagi betis, nak peha pulak kan..hehe :D

Nota : Buat kengkawan yang pernah dapat kad nama semasa saya di EE, sila buangkan kad itu. Boleh request kad nama baru (sengaja nak habiskan cepat kad nama yang berlambak-lambak ni)

Thursday, February 21, 2008

phd

Assalamualaikum semua,



Info ni saya dapat dari noijem (tq akak!) dan rasa menarik untuk dikongsikan bersama. Untuk semua yang merancang sambung belajar, ni mungkin tips yang berguna. Saya pon termotivasi apabila baca info nie, walaupun saya rasa realiti sebenarnya lebih sukar daripada yang dijangkakan. Hehe selamat membaca terutama buat hosmetku yang sedang pening-pening itu..