Bukan senang nak makan burger ini zaman dulu. Duit sebagai seorang yang bergelar pelajar cukup-cukup sahaja. Kena pandai urus duit biasiswa dengan sempurna supaya cukup hingga ke hujung semester. Jadi oleh sebab nak makan burger ini sangat-sangat, maka saya terpaksa 'cut cost' untuk makanan lain, dan juga menyediakan tabung semata-mata untuk makan burger. Percaya tak? Mesti tak caya kan? Hihihihi...
Jika dapat menikmati burger ini 3x dalam tempoh ia 'available' di pasaran, saya kira ini adalah jumlah maksimum. Keseronokanya menikmatinya tak dapat diceritakan, lagi-lagi dengan hasil duit terkumpul dengan 'berpantang' makan petang. Setiap gigitan penuh dengan rasa nikmat. Sungguh berselera makan prosperity berger ketika itu.
Sekarang, saya masih menikmati burger ini tetapi keseronokannya tidak sama seperti dulu. Saya mampu beli berger ini setiap minggu jika mahu, tetapi perasaan menikmatinya berbeza. Memang betul kata orang err ke kata pepatah, apa-apa jelah hihi : Kita mungkin akan lebih menghargai sesuatu perkara jika kita susah untuk mendapatkannya, seperti mana susahnya belajar sekarang*nangis tetiba....hehehehe!
Eh okla saya berhenti dulu kat sini. Ada masa saya datang merepek lagi.

3 comments:
Saya pun suka prosperity burger. Ahhh esok nak pergi makan laaa. Hihi.
saya suka, tapi sekarang mcm kurang feel makan, agaknya kena menabung baru ada feel kot nak makan balik hihihi
properity sangat la pedas tahun ni...x suke...
Post a Comment